Ramadhan Tanpa Ibu..

>> Thursday, August 27, 2009

Ramadhan tahun ini merupakan ramadhan yang kedua tanpa ibu yang tercinta. Ibu yang dikasihi telah pergi buat selama-lamanya. Walau tanpa ibu di depan mata namun ibu tetap berada dalam hati sanubariku. Masih teringat pesan ibu setiap kali Ramdhan. Ibu sering mengingatkan agar bersahur walau dengan seteguk air, kerana kata ibu banyak kelebihan orang yang bersahur.
Teringat juga saat-saat ibu menghantar juadah berbuka puasa, hampir setiap hari setiap kali Ramadhan.
Suasana ini pasti tidak akan berulang lagi..

Oh ibu..
Kau kasih sejati..
ku taburkan doa.. untukmu ibu..
Ampunilah dosa ku sejakku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu..

Ibu.. anakmu ini berdoa moga roh ibu sentiasa dicucuri rahmat ..
Alfatihah.. buat ibu ku..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Mutiara Kata

""kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan hari ini bila lagi, kalau bukan di sini di mana lagi"

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP