Utarafm Bersiaran 48 Jam Tanpa Henti

>> Saturday, August 15, 2009



KOTA MARUDU, SABAH. Utarafm sekali lagi mencipta rekod dengan bersiaran selama 48 jam tanpa henti. Siaran yang bermula dari jam 6.00 petang 14 ogos 2009 hingga jam 6.00 petang 16 ogos 2009. Dengan celoteh DJ-DJ utarafm yang diketuai oleh DJ Rumputt pastinya usaha untuk merialisasikan impian selama ini akan terlaksana. DJ-DJ lain yang terlibat dalam program ini ialah DJ PP, DJ Aldusuni, DJ NONG, DJ Tompinai, DJ Siiputt, DJ Kupang dan DJ MKA. Selain dari hiburan, siaran ini juga turut memuatkan beberapa program seperti temuramah bersama artis, ketua-ketua jabatan, pemimpin masyarakat, ahli akademik dan juga temubual bersama Dr Md Safree yang memperkatakan tentang wabak H1N1.
Di sebalik kejayaan program ini sudah pasti ditunjangi oleh Penasihat Utarafm merangkap pengerusi gabungan NGO Sabah iaitu En. Androd Sadian yang juga dikenali sebagai tuan Sangguru. Kejayaan ini juga adalah atas kerja keras semua ahli KUSnet, SAM dan sahabat Utarafm.
Tahniah kepada semua yang terlibat dalam penganjuran program ini.



0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Mutiara Kata

""kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan hari ini bila lagi, kalau bukan di sini di mana lagi"

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP