Nasi Ayam

>> Sunday, November 8, 2009


Di adaptasi dari sebuah kisah yang lucu tapi benar..

Kisah yang dipaparkan pada kali ini merupakan satu kisah yang boleh dianggap sebagai lucu tetapi benar..

Berlatarbelakangkan sebuah tempat yang bernama Restoran Mamak di salah sebuah daerah di Sabah.. (nama restoran terpaksa dirahsiakan untuk mengelakkan iklan percuma)..

Diringkaskan cerita aku dan 3 orang kawan pergi makan di restoran yang dimaksudkan. Memandangkan masa rehat yang suntuk kami mengambil keputusan untuk pergi ke restoran tersebut kerana kami tahu untuk mendapatkan service yang cepat walaupun tidak memuaskan kena pergi ke restoran mamak..

Kawan aku yang seorang ni..entah apa gian atau stimnya hari itu mengorder la nasi ayam..
Dengan yakinnya dia mengorder nasi ayam sedangkan dia sendiri tidak tahu bagaimana bentuk nasi ayam yang akan dihidangkan dan bagaimana rasanya nasi ayam di restoran ini..
Sedangkan kami hanya order nasi campur saja (untuk makluman kalau bahasa di Sabah nasi campur ialah gabungan nasi putih dengan beberapa jenis lauk)..

Beberapa detik kemudian order kawan aku ni pun sampai..tapi dia heran kerana lain yang dia order tapi lain yang dihidangkan..Lalu berlaku komunikasi dua hala antara mereka lebih kurang seperti berikut;

Kawan aku : Kawan..sini dulu..

Pelayan : Ya ..

Kawan aku : Ini bukan order saya la..

Pelayan : Apa yang kau order tadi??

Kawan aku : Aku order nasi ayam la..

Pelayan : Betul apa..nasi ayam la ni..

Kawan Aku : Apa pula nasi ayam ini nasi putih..

Pelayan : Betul la ni nasi ayam..ini nasi (sambil menunjuk ke arah nasi putih) dan ini ayam (tunjuk ke arah ayam yang di masak kicap ja)..

Kerana kelucuan yang tidak dapat dibendung lagi kami ketawa sekuat-kuat dan sepuas-puasnya sehinggakan mengeluarkan air mata sebagai tambahan kepada kuah nasi kami..
Dan kawan aku seorang yang teramat gian makan nasi ayam ni terpaksalah kena cut dia punya stim untuk makan nasi ayam..

Moral dr story ini ialah;

Malaysia mempunyai kepelbagaian kaum, lantaran itu menu makanan juga adalah berbeza mengikut kaum, jadi andai menu yang kita ada dengan menu yg saudara kita yg lain tidak sama (walaupun namanya sama) kita kena terima itu seadanya..hihihi..





0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Mutiara Kata

""kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan hari ini bila lagi, kalau bukan di sini di mana lagi"

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP