Selamat Tahun Baru

>> Thursday, December 31, 2009


Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua kawan, rakan-rakan nuff dan semua pengunjung blog ini.

Read more...

Offline Punya Cerita..

>> Monday, December 28, 2009


Sudah beberapa hari tidak menjenguk blog ini. Juga sudah beberapa hari tidak melawat blog kawan-kawan untuk meneruskan misi seperti kebiasaan.

Kalau tidak berada di rumah sudah pasti semua aktiviti online tidak dapat dilaksanakan. Segala misi tidak dapat diteruskan. Yang pasti juga semasa ke'offline'an saya, jumlah pengunjung ke blog ini menjunam ke tahap yang paling bawah..hehehe..

Tapi rasanya sesekali tidak berada di rumah dapat merehatkan minda dan mata daripada terus-terusan menghadap komputer.

Apapun, terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang sudi singgah ke blog ini semasa ke'offline'an saya dan mengklik apa-apa yang patut di blog ini. Kunjungan anda pasti akan dibalas sebaik sahaja saya menghadirkan diri di dunia maya ini.


Read more...

Skuad Malaysia

>> Saturday, December 19, 2009

Read more...

Tahniah Skuad Bola Sepak Malaysia

>> Thursday, December 17, 2009

Gambar: Berita Harian
Tahniah kepada skuad bola sepak Malaysia dibawah bimbingan jurulatih K.Rajagopal kerana berjaya mengakhiri kemarau emas selama 20 tahun dalam temasya Sukan Sea yang diadakan di Laos.



Read more...

Selamat Tahun Baru Hijrah


Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431H Kepada Semua Muslimin dan Muslimat. Semoga Kita Mendapat Kemuliaan dan Keberkatan Serta Sentiasa dalam RahmatNya.
Amin..

Read more...

Asal Usul Sumatera

>> Wednesday, December 16, 2009


Hari ni turun ke KK kerana ada exam esok. Seronok juga bersama dengan kawan-kawan bincang-bincang soalan yang bakal keluar esok. Paling menarik perhatianku apabila seorang kawan mengeluarkan idea gila-gila tentang sejarah pembentukan Sumatera.

Ceritanya lebih kurang begini..

Pada suatu masa dahulu ada seorang raja dari benua k***** pergi mencari satu petempatan baru. Maka dia terjumpa sebuah pulau lalu mengarahkan panglimanya meninjau pulau tersebut. Panglimanya pun pergi meninjau pulau tersebut. Beberapa ketika kemudian panglima-panglimanyapun kembali lalu menghadap raja.

Raja : Ada orang di itu pulau?
Panglima : Taraa tuanku.
Raja : Ada rumah di itu pulau?
Panglima : Taraa tuanku.
Raja : Ada apa haiwan sana?
Panglima : Taraa tuanku.
Raja : Itu macam kaluu.. kita kasih nama itu tempat SUMA TARA..

Maka sejak dari itu wujud la nama SUMATERA..

Nota..
Cerita ini adalah cerita untuk menghilangkan rasa bosan sahaja dan tidak ada kena-mengena dengan sejarah sebenar Sumatera..


Read more...

Parang Kota Belud

>> Sunday, December 13, 2009



Setelah beberapa hari berehat dari melayari laman maya kini terdetik untuk membuat n3 baru dalam blog ini. Tak tau apa yang hendak ditulis akhirnya aku dapat idea untuk membuat n3 berkaitan parang buatan tangan dari Kota belud.
Agak istimewa juga parang Kota Belud ini, selain tajam sarungnya juga diperbuat daripada kayu keras dan diukir dengan corak yang menarik. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan parang seperti ini anda bolehlah mendapatkannya di Kota Belud dan kebiasaannya setiap kali tamu mingguan di Kota Belud anda pasti akan menemui parang seperti ini dengan harga yang berpatutan.
Berbalik kepada cerita parang seperti gambar di atas, parang ini adalah hadiah daripada seorang kawan (kak Hasnah) yang sama-sama berkursus 14 minggu di IPG Kent, Tuaran. Parang ini memang tak pernah memotong apa pun benda sebelum ini. Ianya hanya tersimpan dalam almari hiasan kerana bagiku parang ini merupakan sesuatu yang amat bermakna dan berharga.

Read more...

Perjalanan Hidupku..

>> Thursday, December 10, 2009


Agak lama tak buat n3 di blog ni. Mungkin disebabkan terlalu sibuk..ya yang pasti tak juga terlalu sibuk tapi cuma tidak berada di rumah sahaja. Ya la kan kalau guna broadband tadi boleh la juga online walau di mana-mana asalkan ada liputan..streamyx ni mana la boleh bawa ke mana-mana..

Ok la bercerita tentang kenapa tidak berada di rumah sejak dari isnin lagi..jum baca perjalanan hidupku..

Isnin...
Jam 5.00 petang bersiap untuk berangkat ke KK kerana pada keesokkan harinya aku ada jadual untuk menghadapi exam OUM..sampai kk agak lewat juga la sebab singgah lagi di KM untuk mengalas perut..maklumlah 1 hari tak makan..servis di restoran ni punya la lambat bayangkan habis makan pun sudah pukul 7.30.. selepas mengisi minyak ke dalam tangki kereta Myvi ku ini aku pun meneruskan perjalanan ke KK.. sampai di KK aku cari bilik untuk menginap.. Untuk makluman janji untuk keluar makan dengan tn. MKA dan tn. Aldusuni dan juga seorang lagi kawan ku yang juga sama2 duduk exam terpaksa di cancel kerana sudah lewat dan badan terasa letih..

Selasa..
Bangun lebih kurang 7.30.. agak kelam-kabut di situ kerana kawan sudah janji mau tunggu di cafe yg berdekatan dengan bangunan OUM..dengan segera mandi dan mengenakan pakaian terus chekout dari bilik hotel dan pergi ke tempat di mana aku sepatutnya akan duduk exam..bayangkan pen pun tak dibawa..maka terpaksa la aku pinjam pen dari kawan..
setelah berhempas pulas menjawab soalan entah terjawab ka tidak tu aku keluar la konon dengan perasaan puas dan tak puas hati..puas hati sebab soalan dapat dijawab walaupun aku tak buka buku langsung sepanjang sem ni..tak puas hati sebab soalan mudah saja..ini yang menyebabkan aku terus jadi pemalas ni..tak sentuh buku pun boleh jawab..hahaha temberang punya stetmen ni..
Selepas makan tengahari dengan kawan2, aku pegi Wisma Merdeka utk beli pakaian..maklum pakaian yg di bawa hanya untuk 2 hari saja..aku dapat call dr wife yg mengkehendakkan aku pegi Marina Court kerana mereka sudah menunggu di sana..ini kali la aku dating dengan wife setelah lebih seminggu tak jumpa..
Malamnya wife ajak keluar ditemani oleh adik iparku, c aiman merajuk time ni kerana di kasi tinggal di bilik saja tidak dibawa..sabar ja ko aah aiman..selesai membeli beberapa keperluan di CP, wife ajak p tengok wayang..apa lagi sesi memubie pun bermula..ceritanya klu tak silap 'Ninja Assassin' ntah lebih kurang gitu la kali speling nya..aku bab2 wayang ni memang langsung tak minat..bayangkan sound system yg begitu kuat pun aku boleh tertidur di dalam cinema tu..memang tak minat la tu kan..

Rabu..
Aku bangun lewat sikit..lepas bangun trus p airport untuk menyambut kedua mentua ku yang baru balik dari Mekah selepas menunaikan rukun Islam ke-5. Lama juga la d airport.. penerbangan yg sepatutnya sampai jam 9.00 terpaksa ditunda ke jam 11.40 pagi..
Setelah selesai semua urusan kami sempat singgah di 1B untuk memuaskan hati c aiman yg merajuk..ni kali la c aiman merajuk.. balik ke Kudat dalam jam 5.00 petang..nasib baik ada adik ipar yang jadi driver..maklum la aku ni paling malas drive..

Khamis..
Bangun ja terus mandi dan sarapan..lepas sarapan terus packing untuk balik kampung..di kampung terlalu banyak urusan bisnes yang perlu dilaksanakan..bayangkan dari jam 1 petang sampai jam 8.00 malam berurusan baru selesai..itu pun belum selesai semuanya..akhirnya selesai mengurus semua hal dapat la juga online sekejap untuk buat n3 ni..esok kena balik Kudat juga ni untuk majlis kesyukuran..pastinya tak dapat online la lagi ni..

Ini la sedikit sebanyak perjalanan hidupku selama seminggu ni..

Read more...

Kalo tiada title buli ka..

>> Friday, December 4, 2009


Aku tak tau apa yang ada dalam fikiranku ketika ini. Apa yang mau dibuat semua tak jadi. Mau keluar rumah tapi rasa malas pun ada. Ku buka lappy dan memulakan sessi lawatan ke blog rakan untuk mencari nuff kalau ada yang muncul, agak malang kerana sudah beberapa blog, satu pun nuff tak ada yang muncul.
Mula la aku sign in untuk buat apa yang patut di blogku ini. Sekali lagi aku buntu memikirkan apa yang hendak ku buat. Akhirnya aku terfikir membuat satu n3 di blog ini. N3 yang belumku beri tajuk sebab aku sendiri nda pasti tentang apa n3 ku kali ini.
Tengah menulis ni hp ku berdering. Skrin memaparkan nama dan pic seseorang yang ku kasihi dan ku rindui ketika ini..siapa lagi kalau bukan isteriku. Tanpa belama aku tekan butang untuk menyambut panggilan. Ya la orang yang dirindu kan (untuk makluman isteri n anak2 kini berada di Kudat..rutin biasa masa2 cuti begini)
Berbalik pada cerita dalam telefon..biasa la time2 gini isteri akan telefon untuk tanya makan minum ku, sudah makan ka, makan apa ka semua la..memang sayang juga pula is3 ku sama aku ni..hihihi..cerita punya cerita tetiba teringat lesen memandu is3 yg sudah tamat tempoh..tanya is3 klo sudah renew.. tapi belum pula..tanpa belama terus disuruh is3 pegi JPJ utk renew lesen..maka terputus la percakapan kami melalui telefon..Potong stim betul tu lesen oo..
Apapun buat isteriku n anak2.. aku amat merindukan kalian.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Mutiara Kata

""kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan hari ini bila lagi, kalau bukan di sini di mana lagi"

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP