16 Januari

>> Saturday, January 16, 2010

Agak lama rasanya tidak update blog ini. Yang pasti ketandusan idea menyebabkan blog ini belum memaparkan n3 baru dalam tahun 2010 sebelum ini.
Beberapa hari kebelakangan ini juga misi lawatan ke blog rakan-rakan tidak dapat dilaksanakan kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Dua tiga hari lepas aku telah dijangkiti penyakit sakit tekak + selsema + batuk + demam (tapi bukan selsema babi ya..) menyebabkan aku malas untuk online.. Bayangkan pulang dari kerja terus cari katil..Apapun terima kasih kepada rakan-rakan yang sempat berkunjung ke blog ini..Kunjungan kalian pasti akan dibalas..
Berbalik kepada tajuk n3 aku kali ini iaitu 16 Januari.. Memang tiada apa yang special sangat dengan tarikh ini..Saja nak buat tajuk 16 Januari mungkin atas alasan-alasan berikut:

Sebab yang pertama..

n3 pertama aku untuk Tahun ini ialah pada 16 Januari..

Sebab yang ke-2..
Pendaftaran Semester Januari untuk study aku ialah pada 16 Januari..(tapi aku tak pergi mendaftar atas alasan banjir..)

Sebab yang ke-3 (yg ni spesel sikit)
16 Januari merupakan Birthday aku..hehehe..
Tengah fikir ni nak celebrate kat mana..


Read more...

Selamat Tahun Baru

>> Thursday, December 31, 2009


Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua kawan, rakan-rakan nuff dan semua pengunjung blog ini.

Read more...

Offline Punya Cerita..

>> Monday, December 28, 2009


Sudah beberapa hari tidak menjenguk blog ini. Juga sudah beberapa hari tidak melawat blog kawan-kawan untuk meneruskan misi seperti kebiasaan.

Kalau tidak berada di rumah sudah pasti semua aktiviti online tidak dapat dilaksanakan. Segala misi tidak dapat diteruskan. Yang pasti juga semasa ke'offline'an saya, jumlah pengunjung ke blog ini menjunam ke tahap yang paling bawah..hehehe..

Tapi rasanya sesekali tidak berada di rumah dapat merehatkan minda dan mata daripada terus-terusan menghadap komputer.

Apapun, terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang sudi singgah ke blog ini semasa ke'offline'an saya dan mengklik apa-apa yang patut di blog ini. Kunjungan anda pasti akan dibalas sebaik sahaja saya menghadirkan diri di dunia maya ini.


Read more...

Skuad Malaysia

>> Saturday, December 19, 2009

Read more...

Tahniah Skuad Bola Sepak Malaysia

>> Thursday, December 17, 2009

Gambar: Berita Harian
Tahniah kepada skuad bola sepak Malaysia dibawah bimbingan jurulatih K.Rajagopal kerana berjaya mengakhiri kemarau emas selama 20 tahun dalam temasya Sukan Sea yang diadakan di Laos.



Read more...

Selamat Tahun Baru Hijrah


Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431H Kepada Semua Muslimin dan Muslimat. Semoga Kita Mendapat Kemuliaan dan Keberkatan Serta Sentiasa dalam RahmatNya.
Amin..

Read more...

Asal Usul Sumatera

>> Wednesday, December 16, 2009


Hari ni turun ke KK kerana ada exam esok. Seronok juga bersama dengan kawan-kawan bincang-bincang soalan yang bakal keluar esok. Paling menarik perhatianku apabila seorang kawan mengeluarkan idea gila-gila tentang sejarah pembentukan Sumatera.

Ceritanya lebih kurang begini..

Pada suatu masa dahulu ada seorang raja dari benua k***** pergi mencari satu petempatan baru. Maka dia terjumpa sebuah pulau lalu mengarahkan panglimanya meninjau pulau tersebut. Panglimanya pun pergi meninjau pulau tersebut. Beberapa ketika kemudian panglima-panglimanyapun kembali lalu menghadap raja.

Raja : Ada orang di itu pulau?
Panglima : Taraa tuanku.
Raja : Ada rumah di itu pulau?
Panglima : Taraa tuanku.
Raja : Ada apa haiwan sana?
Panglima : Taraa tuanku.
Raja : Itu macam kaluu.. kita kasih nama itu tempat SUMA TARA..

Maka sejak dari itu wujud la nama SUMATERA..

Nota..
Cerita ini adalah cerita untuk menghilangkan rasa bosan sahaja dan tidak ada kena-mengena dengan sejarah sebenar Sumatera..


Read more...
Related Posts with Thumbnails

Mutiara Kata

""kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan hari ini bila lagi, kalau bukan di sini di mana lagi"

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP