Result UPSR
>> Friday, November 20, 2009
Menyedari bahawa anak sulung ini (Nurain Akmalia) merupakan salah seorang daripada beberapa orang pelajar SK Pinggan-Pinggan, Pitas yang dijadikan sandaran sebagai pelajar yang mengekalkan rekod 5A seperti tahun lepas, hati tambah berdebar lagi. Terdetik persoalan..mampukah??
Akhirnya setelah mengetahui keputusan sebenar..ini sahaja la result yang dapat diperolehi oleh Ain. Sebagai ayah walaupun Ain tak mampu menunaikan hasrat menggunung para guru SK Pinggan-Pinggan, tapi itu merupakan pencapaian yang boleh dibanggakan kerana 3A2B merupakan keputusan tertinggi yang dapat dicapai oleh SK Pinggan-Pinggan.
Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga pendidik di SK Pinggan-Pinggan, warga pentadbiran dan kepada sesiapa sahaja yang telah mendidik anak sulung kami ini. Jasa dan pengorbanan kalian tak kan terbalas. Juga terima kasih kepada rakan-rakan yang sempat mengucapkan tahniah atas kejayaan yg tidak seberapa ini.
Kepada Ain;
Abah mohon maaf sebab tak dapat beri tunjuk ajar yang sepenuhnya terutamanya subjek Sains..
Walau keputusan ini tidak seperti yang kau harapkan abah harap kau tidak mudah berputus asa..cuba lagi pada masa-masa akan datang..abah pasti kau mampu melakukannya..