Aku dan Rindu..
>> Sunday, November 8, 2009
Aku Rindu Akan Kamu..
Ini sudah pasti..
Setelah kita bersama dalam beberapa ketika aku mulai sayang akan kamu..
Rasa sayang yang teramat tidak seperti lagu rasa sayang..
Rasanya tidak sanggup berpisah denganmu walau hanya sehari..
Namun..
Kini sudah beberapa minggu kita tidak bersama..
Kita tidak dapat bersama kerana kau kini sedang dalam proses pemulihan setelah mengalami kecederaan akibat kelalaianku..
Apabila aku terlihat wajah seirasmu, aku pasti rindu..
Rindu yang teramat..sungguh aku teramat merinduimu..
Kerana..
Kau telah memberikan layanan yang terbaik kepada diriku pada anggapanku..
Layanan yang tidak sama seperti yang diberikan oleh penggantimu..
Bukan niat ku untuk membanding-bandingkanmu dengan penggantimu..
Ketahuilah olehmu..
Bahawa aku amat menyayangimu..
Menyayangimu sepenuh jiwa ragaku..
Orang di sekelilingku sering menasihatiku agar melepaskanmu..
Namun itu tidak mungkin kulakukan..
Tidak mungkin ku lakukan kerana..
Kerana..
Ya pastinya kerana aku amat menyayangimu..
Tiada alasan lain yang dapat ku nyatakan..
Takkan mungkin ada jawapan lain yang akan ku berikan kepada persoalan ini..
Kini aku gembira..
Gembira yang tidak dapat terungkapkan..
Gembira kerana aku mengetahui kita akan dapat bersama semula sedikit masa lagi..
Bersama setelah kau pulih dari kecederaan yang kau tanggung selama ini akibat dari kelalaianku..
Aku tidak sabar menanti saat itu..
Saat di mana kita bersama semula..
Bersama semula dalam beberapa ketika yang aku sendiri tidak pasti..
Yang pasti..
Aku akan cuba menjagamu..
Menjagamu sedaya yang ku mampu..
Menyediakan keperluanmu dan segala apa yang kau mahu..
Kerana kaulah segalanya bagiku..
Segalanya untukku..
Segalanya..
Nota Potong Stim;
Luahan hati yang ku dedikasikan buat kereta Citra ku yang terlantar di bengkel..
Harap2 boleh juga dia membaca sebab ada juga 'computerbox'nya..
4 comments:
waina saspensiv aku bacanya..huahuahua
hahaha..
tatap mensaspen klu ko dalink..
Nota KOnpius: komputerbox si cik cirtra boleh connect wifi ka @ cik citra ada burukban.. sb kalau kedua duanya dia tiada.. aku rasa dia xdpt baca jg nie..
huahuahua..
ya kan geng..
lupa pula aku tiada ba pula burukbinnya..
tp ada juga kali e2 istrimiknya..
huahuahua..
Post a Comment