Ramadhan Tanpa Ibu..

>> Thursday, August 27, 2009

Ramadhan tahun ini merupakan ramadhan yang kedua tanpa ibu yang tercinta. Ibu yang dikasihi telah pergi buat selama-lamanya. Walau tanpa ibu di depan mata namun ibu tetap berada dalam hati sanubariku. Masih teringat pesan ibu setiap kali Ramdhan. Ibu sering mengingatkan agar bersahur walau dengan seteguk air, kerana kata ibu banyak kelebihan orang yang bersahur.
Teringat juga saat-saat ibu menghantar juadah berbuka puasa, hampir setiap hari setiap kali Ramadhan.
Suasana ini pasti tidak akan berulang lagi..

Oh ibu..
Kau kasih sejati..
ku taburkan doa.. untukmu ibu..
Ampunilah dosa ku sejakku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu..

Ibu.. anakmu ini berdoa moga roh ibu sentiasa dicucuri rahmat ..
Alfatihah.. buat ibu ku..

Read more...

Embun

>> Monday, August 24, 2009

Andai Takdir Kita Tak Bersama
Selama Jasad Masih Bernyawa
Tak Mungkin Kau Kan Kulupa

Embun..
Andai Takdir Memisahkan kita
Tak Bersatu Di Bumi Yang Fana
Ku Damba Dikau Di Syurga

Kaulah Cahaya Menerangi Kegelapan
Kau Kekuatan Dikala Mumur Impian
Andai Kau Gugur Malah Tiada Bernisan
Takkan Kau Pudar Di Ingatan

Read more...

Kenangan Yang Tidak Dapat Dilupakan

>> Sunday, August 23, 2009


Setiap kali menjelang Ramadhan saya pasti teringat satu peristiwa.. kenangan yang pastinya tiada akan terlupakan..

Peristiwa yg berlaku lebih 10 tahun dahulu.. dalam bulan Ramadhan
Dalam perjalanan pulang dr KK menaiki pengangkutan awam (time tu manalah ada kereta sendiri)..
Sampai di pekan Tenghilan driver tu bgtau .. kita beli air dulu utk besungkai sampai KB br kita singgah makan.. aku, dlm keadaan mamai (br bangun dr tidur) turun lah bersama beberapa org penumpang lain tuk beli minuman.. diringkaskan cerita aku beli 2 kotak minuman yg berbeza dan beberapa jenis kuih.. selesai byr aku naik kereta dan mo besungkai la kunun..

Hairannya aku cari straw pd kotak minuman yg satu ni tiada pula.. alangkah terperanjatnya aku apabila terbaca label pada kotak tersebut.. santan kelapa.. dlm keadaan malu2 aku masukkan kembali ke dlm plastik dan ambil kotak minuman yg satu lagi (yg ini betul minuman kotak la).. penumpang yg duduk di bangku sebelah tersengih2 saja melihat aku... aku dpti mereka cuba menahan ketawa.. aku kontrol macho la kunun buat2 tiada apa yg berlaku..

Sejak kejadian itu aku lebih berhati2 membaca label.. inda mo suda tergesa2 ..

http://utarasabah.net/index.php?option=com_fireboard&Itemid=69&func=view&catid=25&id=12575&limit=15&limitstart=45#24292

Read more...

Selamat Berpuasa



Saya dan keluarga mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat. Moga amalan puasa pada tahun ini diterima oleh Allah swt hendaknya. Amin

Read more...

Tinggal Kenangan

>> Sunday, August 16, 2009


Pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku

jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
ingin kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih

Pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku

jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
ingin kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih

Read more...

Utarafm Bersiaran 48 Jam Tanpa Henti

>> Saturday, August 15, 2009



KOTA MARUDU, SABAH. Utarafm sekali lagi mencipta rekod dengan bersiaran selama 48 jam tanpa henti. Siaran yang bermula dari jam 6.00 petang 14 ogos 2009 hingga jam 6.00 petang 16 ogos 2009. Dengan celoteh DJ-DJ utarafm yang diketuai oleh DJ Rumputt pastinya usaha untuk merialisasikan impian selama ini akan terlaksana. DJ-DJ lain yang terlibat dalam program ini ialah DJ PP, DJ Aldusuni, DJ NONG, DJ Tompinai, DJ Siiputt, DJ Kupang dan DJ MKA. Selain dari hiburan, siaran ini juga turut memuatkan beberapa program seperti temuramah bersama artis, ketua-ketua jabatan, pemimpin masyarakat, ahli akademik dan juga temubual bersama Dr Md Safree yang memperkatakan tentang wabak H1N1.
Di sebalik kejayaan program ini sudah pasti ditunjangi oleh Penasihat Utarafm merangkap pengerusi gabungan NGO Sabah iaitu En. Androd Sadian yang juga dikenali sebagai tuan Sangguru. Kejayaan ini juga adalah atas kerja keras semua ahli KUSnet, SAM dan sahabat Utarafm.
Tahniah kepada semua yang terlibat dalam penganjuran program ini.



Read more...
Related Posts with Thumbnails

Mutiara Kata

""kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan hari ini bila lagi, kalau bukan di sini di mana lagi"

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP