Result UPSR

>> Friday, November 20, 2009

Result UPSR Ain
Ain..

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009 telah diumumkan semalam. Hati ini berdebar-debar menanti keputusan. Berbeza dengan tahun-tahun lepas, tahun ini bukan sahaja sebagai seorang guru yg menanti keputusan pelajar, tetapi juga sebagai seorang ayah yang menantikan keputusan UPSR anak sulung. Dalam hati, apapun keputusan yang bakal diterima akan diterima seadanya kerana itulah kemampuan anak.

Menyedari bahawa anak sulung ini (Nurain Akmalia) merupakan salah seorang daripada beberapa orang pelajar SK Pinggan-Pinggan, Pitas yang dijadikan sandaran sebagai pelajar yang mengekalkan rekod 5A seperti tahun lepas, hati tambah berdebar lagi. Terdetik persoalan..mampukah??

Akhirnya setelah mengetahui keputusan sebenar..ini sahaja la result yang dapat diperolehi oleh Ain. Sebagai ayah walaupun Ain tak mampu menunaikan hasrat menggunung para guru SK Pinggan-Pinggan, tapi itu merupakan pencapaian yang boleh dibanggakan kerana 3A2B merupakan keputusan tertinggi yang dapat dicapai oleh SK Pinggan-Pinggan.

Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga pendidik di SK Pinggan-Pinggan, warga pentadbiran dan kepada sesiapa sahaja yang telah mendidik anak sulung kami ini. Jasa dan pengorbanan kalian tak kan terbalas. Juga terima kasih kepada rakan-rakan yang sempat mengucapkan tahniah atas kejayaan yg tidak seberapa ini.

Kepada Ain;

Abah mohon maaf sebab tak dapat beri tunjuk ajar yang sepenuhnya terutamanya subjek Sains..
Walau keputusan ini tidak seperti yang kau harapkan abah harap kau tidak mudah berputus asa..cuba lagi pada masa-masa akan datang..abah pasti kau mampu melakukannya..




6 comments:

911 November 20, 2009 at 12:38 PM  

Apapun... ucapan tahniah untuk Ain.. kerana bukan semua orang berpeluang mendapat keputusan macam tu.

SERACURLYLA November 20, 2009 at 5:48 PM  

Ucapan segunung tahniah pada Ain..

Harap di lain exam.. keputusan lbh mantop lagi..

amin..

dalink sumiel November 21, 2009 at 2:30 AM  

tahniah ain cuba dan terus cuba lg d exam yg akan dtg ^_^ dan tahniah jgk kpd 'abah' atas didikan mu walau sains indak tkumin..huahuahua..

nota dangir: apa ka jadahnya aku anjang ini..huehuehue.. mana sa tau sa mabuk..huahuahua

AKU November 21, 2009 at 12:34 PM  

Slm tn..ok suda ba tu keputusan ank tn tu..tahniahlah tn sbb punya ank masa depan..

http://pillandia.blogspot.com November 25, 2009 at 12:19 AM  

Nice indeed!
Best wishes from an Estonian living in Italy

NONG December 2, 2009 at 11:50 PM  

TAHNIAH untuk Ain...:)
Naah..ada sudah sumandak mu tuan.

Related Posts with Thumbnails

Mutiara Kata

""kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan hari ini bila lagi, kalau bukan di sini di mana lagi"

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP