Perjalanan Hidupku..

>> Thursday, December 10, 2009


Agak lama tak buat n3 di blog ni. Mungkin disebabkan terlalu sibuk..ya yang pasti tak juga terlalu sibuk tapi cuma tidak berada di rumah sahaja. Ya la kan kalau guna broadband tadi boleh la juga online walau di mana-mana asalkan ada liputan..streamyx ni mana la boleh bawa ke mana-mana..

Ok la bercerita tentang kenapa tidak berada di rumah sejak dari isnin lagi..jum baca perjalanan hidupku..

Isnin...
Jam 5.00 petang bersiap untuk berangkat ke KK kerana pada keesokkan harinya aku ada jadual untuk menghadapi exam OUM..sampai kk agak lewat juga la sebab singgah lagi di KM untuk mengalas perut..maklumlah 1 hari tak makan..servis di restoran ni punya la lambat bayangkan habis makan pun sudah pukul 7.30.. selepas mengisi minyak ke dalam tangki kereta Myvi ku ini aku pun meneruskan perjalanan ke KK.. sampai di KK aku cari bilik untuk menginap.. Untuk makluman janji untuk keluar makan dengan tn. MKA dan tn. Aldusuni dan juga seorang lagi kawan ku yang juga sama2 duduk exam terpaksa di cancel kerana sudah lewat dan badan terasa letih..

Selasa..
Bangun lebih kurang 7.30.. agak kelam-kabut di situ kerana kawan sudah janji mau tunggu di cafe yg berdekatan dengan bangunan OUM..dengan segera mandi dan mengenakan pakaian terus chekout dari bilik hotel dan pergi ke tempat di mana aku sepatutnya akan duduk exam..bayangkan pen pun tak dibawa..maka terpaksa la aku pinjam pen dari kawan..
setelah berhempas pulas menjawab soalan entah terjawab ka tidak tu aku keluar la konon dengan perasaan puas dan tak puas hati..puas hati sebab soalan dapat dijawab walaupun aku tak buka buku langsung sepanjang sem ni..tak puas hati sebab soalan mudah saja..ini yang menyebabkan aku terus jadi pemalas ni..tak sentuh buku pun boleh jawab..hahaha temberang punya stetmen ni..
Selepas makan tengahari dengan kawan2, aku pegi Wisma Merdeka utk beli pakaian..maklum pakaian yg di bawa hanya untuk 2 hari saja..aku dapat call dr wife yg mengkehendakkan aku pegi Marina Court kerana mereka sudah menunggu di sana..ini kali la aku dating dengan wife setelah lebih seminggu tak jumpa..
Malamnya wife ajak keluar ditemani oleh adik iparku, c aiman merajuk time ni kerana di kasi tinggal di bilik saja tidak dibawa..sabar ja ko aah aiman..selesai membeli beberapa keperluan di CP, wife ajak p tengok wayang..apa lagi sesi memubie pun bermula..ceritanya klu tak silap 'Ninja Assassin' ntah lebih kurang gitu la kali speling nya..aku bab2 wayang ni memang langsung tak minat..bayangkan sound system yg begitu kuat pun aku boleh tertidur di dalam cinema tu..memang tak minat la tu kan..

Rabu..
Aku bangun lewat sikit..lepas bangun trus p airport untuk menyambut kedua mentua ku yang baru balik dari Mekah selepas menunaikan rukun Islam ke-5. Lama juga la d airport.. penerbangan yg sepatutnya sampai jam 9.00 terpaksa ditunda ke jam 11.40 pagi..
Setelah selesai semua urusan kami sempat singgah di 1B untuk memuaskan hati c aiman yg merajuk..ni kali la c aiman merajuk.. balik ke Kudat dalam jam 5.00 petang..nasib baik ada adik ipar yang jadi driver..maklum la aku ni paling malas drive..

Khamis..
Bangun ja terus mandi dan sarapan..lepas sarapan terus packing untuk balik kampung..di kampung terlalu banyak urusan bisnes yang perlu dilaksanakan..bayangkan dari jam 1 petang sampai jam 8.00 malam berurusan baru selesai..itu pun belum selesai semuanya..akhirnya selesai mengurus semua hal dapat la juga online sekejap untuk buat n3 ni..esok kena balik Kudat juga ni untuk majlis kesyukuran..pastinya tak dapat online la lagi ni..

Ini la sedikit sebanyak perjalanan hidupku selama seminggu ni..

1 comments:

SERACURLYLA December 10, 2009 at 11:21 PM  

- selamat berurusan.. semoga urusan cepat selesai...-

Related Posts with Thumbnails

Mutiara Kata

""kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan hari ini bila lagi, kalau bukan di sini di mana lagi"

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP